My Weblog

June 29, 2010

Kesultanan Mataram

Filed under: Uncategorized — amacorablog @ 7:16 am

Kesultanan Mataram ialah sebuah kerajaan Islam di Jawa yang diasaskan oleh Sutawijaya, keturunan Ki Ageng Pemanahan, yang mendapatkan hadiah sebidang tanah daripada Hadiwijaya, raja Pajang, atas jasanya. Kerajaan Mataram pada zaman kegemilangannya dapat menyatukan tanah Jawa dan sekitarnya, termasuk Madura .Sutawijaya naik takhta dengan gelaran Panembahan Senopati selepas merebut wilayah Pajang pada kemangkatan Hadiwijaya. Pusat pemerintahannya berada di Mentaok, wilayah yang terletak kira-kira di timur Kota Yogyakarta dan di selatan Lapangan Terbang Adisucipto kini. Lokasi kraton pada masa awal terletak di Banguntapan, dan kemudian dipindahkan ke Kotagede.
Selepas Sutawijaya mangkat, kekuasaannya diteruskan sebentar oleh Mas Jolang, puteranya, yang mengambil gelaran Prabu Hanyokrowati. Pemerintahannya tidak wujud lama kerana baginda mangkat, akibat kemalangan semasa berburu di hutan Krapyak. Oleh itu, baginda juga digelar Susuhunan Seda Krapyak atau Panembahan Seda Krapyak yang membawa pengertian Raja (yang) mangkat (di) Krapyak.Selepas itu, takhta Mas Jolang diambil alih sebentar oleh Adipati Martoputro, putera keempat Mas Jolang. Adipati Martoputro ternyata menghidap penyakit saraf sehingga takhtanya diambil alih oleh Mas Rangsang, putera sulung Mas Jolang.
Selepas naik takhta, Mas Rangsang mengambil gelaran Sultan Agung Hanyokrokusumo tetapi lebih dikenali dengan gelaran Sultan Agung. Pada masa ini, wilayah Mataram mencakupi kawasan sehingga ke pulau Jawa dan Madura. Selepas Mas Rangsang mangkat, baginda diwarisi oleh puteranya yang bergelar Amangkurat (Amangkurat I, Sunan Tegalarum). Lokasi kraton Mataram pada masa ini dipindahkan ke Pleret.
Amangkurat I memindahkan lokasi kratonnya ke Kerta yang terletak berhampiran dengan Pleret. Pemerintahan Amangkurat kurang stabil kerana banyak ketidakpuasan dan pemberontakan. Pada masanya, pemberontakan besar yang dipimpin oleh Terunajaya berlaku dan memaksa Amangkurat supaya bersekutu dengan Belanda. Baginda mangkat di Tegalarum . Pewarisnya, Amangkurat II (Amral), bersekutu dengan Belanda sehingga kerabat istana banyak yang tidak puas dan pemberontakan terus terjadi.
Kekacauan politik tersebut diselesaikan selepas wilayah Mataram dipecah belah menjadi dua kawasan, iaitu Kesultanan yogyakarta dan Kasunanan Surakarta pada tahun 1755. Pembahagian wilayah ini termaktub dalam perjanjian Giyanti dan dengan ini, berakhirlah zaman Mataram sebagai sebuah kesatuan politik dan wilayah. Walaupun demikian, sebahagian masyarakat Jawa masih beranggapan bahawa Kesultanan Yogyakarta dan Kasunanan Surakarta adalah “pewaris” Kesultanan Mataram.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: